Inspirasi Tanpa Batas

Kelebihan Minyak Ikan, Dapat Melindungi Otot Jantung | Manfaat Minyak Ikan Part – 5

0 85

Kelebihan Minyak Ikan – Laporan penyelidikan perubatan pada pertengahan tahun 1970an mengaitkan jumlah pengambilan ikan yang tinggi dalam diet dengan kadar sakit jantung yang lebih rendah di kalangan orang eskimo di Greenland.  Laporan itu meningkatkan minat terhadap faedah minyak ikan kepada kesihatan. Kajian terbaru mengesahkan bahawa satu komponen minyak ikan yang dipanggil asid lemak Omega 3 mempunyai kesan yang melindungi jantung.

Dua asid lemak Omega 3 (n-3) yang wujud dalam minyak ikan ialah asid elkosapentaenoik (EPA) dan asid dokosaheksaenoic (DHA). Asid lemak ini mempunyai ciri unit yang tidak terdapat dalam minyak makanan lain seperti minyak jagung atau minyak kacang soya. Kedua-dua sebatian ini dikatakan dapat melindungi jantung.

1 Kelebihan Minyak Ikan Dapat Melindungi Otot Jantung

Manfaat asid lemak Omega 3 disebabkan  kesan ke atas empat komponen badan: yaitu liprorrotein darah, platlet darah, proses keradangan dan otot jantung. Secara ringkas, asid lemak Omega 3 mengurangkan lipoprotein, menghalang, platlet, mengurangkan reaksi keradangan dan melindungi miokardium.

Sedangkan Asid lemak Omega 3 memberikan kesan yang paling besar ke atas tahap trigliserid darah dan bukannya ke atas kolesterol. Oleh kerana ia tidak mengubah tahap kolesterol, beberapa pihak telah mempersoalkan keberkesannya.

Bagaimanapun, tahap trigliserid yang lebih rendah, baik untuk jantung. EPA dan DHA membawa kesan yang kecil tetapi penting kepada tahap kolesterol HDL di kalangan beberapa pesakit.

Namun, satu ‘kelemahan’ asid lemak Omega 3 ialah kecenderungannya meningkatkan tahap LDL di kalangan pesakit yang mempunyai kadar trigliserid yang tinggi. Kesan ini adalah sama seperti ubat lain yang mengurangkan tahap triglisterid. Kesan buruknya masih belum dapat dipastikan.

Makanan tambahan minyak ikan juga boleh mengurangkan tahap trigliserid kilomikron yang memasuki darah selepas makan. Darah ini mungkin juga kurang baik untuk jantung, tetapi ini adalah bidang penyelidikan yang baru dan jawapannya masih belum diketahui.

2 Minyak Ikan Dapat Mengurangi Pembekuan Darah

Salah satu kesan asid lemak Omega 3 yang paling ketara ialah keupayaannya ‘mencairkan darah’. Ia mengurangkan kemungkinan darah menjadi beku (seperti aspirin). Ini adalah satu kesan yang baik dan dipercayai mungkin menjadi sebab mengapa beberapa kajian menunjukkan penyakit jantung berkurangan. Kebimbingan terhadap pendarahan terlalu banyak disebabkan oleh minyak ikan didapati tidak berasas.

Sebahagian daripada proses aterosklerosis ialah reaksi keradangan dalam saluran darah yang rosak. Tahap kolesterol darah dan tekanan darah yang tinggi, kencing manis, asap rokok dan  mungkin juga homosistein boleh merosakkan lapisan arteri dan memulakan kitaran ulangan kecederaan, keradangan dan pemulihan.

Kisaran keradangan berterusan selama beberapa dekad dikatakan membantu pertumbuhan plak yang menyekat saluran arteri.

Asid lemak Omega 3 memberi kesan anti radang yang penting, melalui pembentukan prostaglandins penghalang. Prostaglandins khusus boleh menghalang sistem pelalian pada amnya, membantutkan komponen keradangan aterosklerosis dan membantu mengurangkan kadar perkembangan penyakit.

Semua kesan asid lemak Omega 3 dilihat pada saluran darah, termasuk saluran koronari yang menyalurkan darah kepada jantung. Bagaimanapun, asid lemak Omega 3 yang masuk ke dalam jantung boleh membantu mengelakkan otot daripada mati apabila bekalan darah terputus ketika serangan jantung. Ini satu bidang penyelidikan aktif dan beberapa contoh semasa mungkin dapat membuktikan perkara ini.

Dalam satu kajian, minyak ikan diambil selama dua tahun oleh lelaki yang pernah mengalami serangan jantung. Pakar penyelidik mendapati bilangan serangan jantung yang membawa maut berkurangan, walaupun bilangan serangan jantung tidak berkurangan.

Dalam satu kajian lain, pesakit yang mengalami sakit jantung dirawat dengan asid lemak Omega 3, sama ada daripada minyak ikan atau minyak biji sawi. Kadar kematian pesakit adalah 50% lebih rendah daripada kumpulan kawalan. Kadar aritmia juga berkurangan.

Kajian ke atas hewan juga menunjukkan kesan yang sama. Hewan yang diberi minyak ikan kurang mengalami kerosakan jantung apabila serangan jantung sengaja dirangsangkan. Semua ini menyokong kesimpulan awal bahawa asid lemak Omega 3 mungkin tidak menghalang serangan jantung tetapi mengurangkan kerosakan jika serangan telah berlaku.

Bagaimana asid lemak Omega 3 memainkan peranan ini tidak diketahui dan pakar penyelidik masih meneroka bidang ini.

Pertama sekali, seseorang pesakit perlu memastikan sama ada asid lemak Omega 3 diambil untuk mengurangkan tahap trigliserid atau untuk  mencegah sakit jantung. Jika matlamatnya ialah untuk mengurangkan trigliserid, 3-4 gram asid lemak Omega 3 diperlukan sehari. Jika asid lemak Omega 3 diambil untuk melindungi seseorang daripada sakit jantung dan bukan untuk mengurangkan trigliserid, jumlah yang jauh lebih rendah mungkin mencukupi.

3 Kandungan Omega 3 Dalam Ikan

Kandungan Omega 3 dalam ikan tidak berasal dari proses sintesis tubuh ikan, tapi berasal dari makanan ikan dalam bentuk jasad renik Chlorella, Diatomi dan Dinoflagellata. Ketiga mikroba ganggang tersebut selain mensintesis Omega 3 juga mensintesis Omega 6.

Selain atas bantuan ganggang, Omega 3 juga dapat disintesis bakteri, kapang, serta fitoplankton lain dengan tingkat efisien yang berbeda-beda. Keluarga ganggang yang memiliki kandungan asam lemak Omega 3 tinggi, berkisar 20%-45% dari seluruh kandungan asam lemaknya, adalah Chlorella minuttisina, Enulena gracilis dan Hitchia closterium. Omega 3 pada dasarnya disintesis dari asam linoleat dan asam linolenat yang biasanya terdapat dalam makanan.

Meskipun ada beberapa asam lemak yang dikelompokkan dalam Omega 3, tetapi ada dua macam asam lemak Omega 3 yang dominan terdapat dalam minyak ikan. Keduanya adalah EPA (asam eikosa pentanoat C20:53) dan DHA (asam dokosa heksanoat C22:63).

Kedua jenis asam lemak inilah yang banyak peranannya dalam kesehatan. Dari hasil penelitian menyatakan, Omega 3 dalam minyak ikan dapat merangsang produksi hormon-hormon yang berfungsi sebagai anti agregator, yaitu anti penggumpalan darah pada arteri.

Omega 3 merupakan senyawa vasodilator yang kuat, yang mampu mengembangkan pembuluh darah. Dengan begitu Omega 3 dapat membantu mencegah kekejangan pembuluh darah serta mencegah serangan jantung akut.

Omega 3 berfungsi memengaruhi daya kecairan membran trombosit. Dengan demikian Omega 3 membantu mencegah lengketnya trombosit pada lapisan dalam pembuluh darah. Di samping itu, Omega 3 dapat menghambat sintesis asam arakhidonat yang banyak peranannya dalam proses penyumbatan pembuluh darah arteri.

Komentar
Memuat...